Sabtu, 10 Desember 2011

Matinya Seorang Fasik Yang Mandapat Keampunan Allah
Pada zaman Nabi Musa ada salah seorang yang mati karena ia sangat fasik, maka orang-orang tidak mahu memandikan dan tidak mahu menguburkanya. Kakinya diseret dan dibuangkan pada kotoran. Allah lalu memberikan wahyu kepada Musa.

Allah : “wahai Musa, ada salah seorang yang mati di kampungnya Fulan dibuang pada kotoran. Dia termasuk wali dari kekasihku. Orang-orang tidak mahu memandikan, mengkafani dan menguburkannya. Maka hendaklah kamu berangkat, lalu kamu mandikan, kamu kafani, kamu shalati dan kamu kuburkan”

Kemudian Musa berangkat menuju kampung si Fulan yang telah dikatakan itu, dan ia menanyakan ihwalnya seorang yang mati itu. Maka ia mendapat keterangan dari mereka.

Orang2 : “wahai Musa, orang itu mati dengan sifat-sifat demikian, demikian....... ia adalah orang fasik yang menampakkan kefasikkannya”.
Musa : “Dimana tempatnya orang itu? Sesungguhnya Allah telah memberikan wahyu kepadaku untuk menguruskan dia. Maka tunjukkanlah aku akan tempatnya orang itu.

Orang-orang lalu sama berangkat menunjukkan tempatnya. Setelah Musa melihat, bahawa orang itu di buang pada kotoran dan orang-orang juga menuturkan keburukkan perbuatannya, Musa seketika bermunajat kepada Allah, dengan mengatakan.
kampungnya

Musa : “wahai Tuhan, Engkau memerintahkan aku untuk meyembahyangi dan menguburkan orang itu. Padahal orang-orang sama menyaksikan bahwa ia adalah orang yang jahat. Maka Engkau yang Maha Mengetahui daripada mereka yang sama memburukkan orang itu”.
Allah : “wahai Musa, memang benar mereka itu menceritakan keburukkannya orang itu. Akan tetapi sewaktu akan mati ia minta syafaat kepada-Ku dengan tiga perkara. Andaikata seluruh orang yang berbuat dosa itu sama memohon syafaat tiga perkara itu kepada-Ku, Aku pasti akan memberinya. Maka bagaimana lagi jika Aku tidak kasihan kepadanya, padahal ia sungguh-sungguh memohon. Dan Aku Maha Pengasih kepada orang yang sama-sama kasihan”.
Musa : “ya Allah, apakah tiga perkara itu?”.
Allah : 1. Ia ketika mendekati matinya memohon: “ya Allah, Engkaulah yang lebih mengetaui kepadaku. Sesungguhnya aku melakukan kemaksiatan-kemaksiatan. Sebetulnya aku juga benci terhadap kemaksiatan dalam hatiku. Tapi karena kumpulnya tiga perkara padaku, sehingga aku berani melakukan maksiat. Namun sebetulnya perasaanku sangat benci terhadap tiga perkara iaitu : Hawa nafsu; Teman bergaul yang jahat dan iblis yang dilaknati. Tiga perkara inilah yang menjadikan sebabnya sampai aku melakukan maksiat. Ya Allah sesungguhnya engkau mengetaui apa yang aku aturkan. Maka semoga Engkau berkenan mengampuniku”.
2. Ia menyatakan: “ ya Allah, Engkau mengetaui bahwa aku melakukan kemaksiatan. Dan kediamanku berkumpul dengan shalihin lebih senang daripada bertempat tinggal berkumpul fasikin”.
3. Ia menyatakan: “ya Allah, Engkau lebih tahu kepadaku. Sesungguhnya para shalihin lebih aku cintai daripada para fasikin. Sehingga setiap ada orang shalih dan orang thalih membutuhkan aku, maka lebih aku dahulukan hajat orang shalih daripada orang thalih.
Disebutkan dalam riwayat Imam Wahab bin Munabbih mengatakan, bahwa orang itu berkata: “ ya Allah andaikata Engkau mengampuni dosa ku, maka akan bergembiralah para kekasih-Mu dan para Nabi-Mu. Dan menjadi susah para syaitan yang menjadi musuh-Mu. Jika Engkau menyiksa aku sebab banyaknya dosaku, maka para syaitan dan sahabatnya akan merasa bergembira dan menjadi susahlah para Nabi dan Wali. Dan sesungguhnya aku tahu bahwa gembiranya para Wali kepada Engkau itu lebih dicintai daripada gembiranya para syaitan dan sahabatnya. Maka dari itu aku mengharap semoga Engkau berkenan mengampuniku. Ya Allah sesungguhnya Engkau lebih tahu dari apa yang aku aturkan. Maka berilah rahmat (kesayangan) kepadaku.
Allah : “Maka Aku kasihan, Aku mengampuni dan Aku lewatkan siksanya. Sesungguhnya Aku Zat yang banyak Pengasih, khususnya bagi orang yang mahu mengakui dosanya dihadapan-Ku. Inilah orang yang mengakui dosanya, maka Aku mengampuni dan melewatkan siksanya. Wahai Musa, lakukan apa yang telah Aku perintahkan kepadamu sebab dari kemulian orang itu Aku mengampuni dosanya orang-orang yang meyembahyangkan dan menguburkan orang itu”.


Untuk tatapan para isteri dan suami.. Kemesraan ala Nabi Muhammad..
1. KEMESRAAN ALA MUHAMMAD adalah cara mengekalkan keharmornian rumahtangga. Junjungan Rasulullah SAW telah mencontohkan kemesraan tersebut kepada isteri-isteri beliau. Beberapa hadis selanjutnya disampaikan selain hadis Shahih Bukhari dan Muslim.

2. TIDUR DALAM SATU SELIMUT BERSAMA ISTERI; Dari Atha bin Yasar RA ia berkata: sesungguhnya Rasulullah SAW  dan Aisyah biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda berada dalam satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda lalu bertanya, “ kenapa engkau bangkit?” jawab Aisyah, “ kerna saya haid, wahai Rasulullah”. Sabda Rasulullah,    “kalu begitu pergilah lalu berkain dan dekat kembali kepadaku.” Aisyah berkata, “aku pun masuk lalu berselimut bersama beliau”.    (hadis riwayat Sa’id bin Manshur)

3. MEMBERI WANGI-WANGIAN PADA AURAT; Dari Aisyah RA berkata, “Sesungguhnya Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam apabila meminyaki badannya, baginda akan memulai daripada auratnya menggunakan nurah  (sejenis serbuk pewangi) & isterinya baginda meminyaki bahagian lain tubuh Rasulullah.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

4. MANDI BERSAMA ISTERI; Dari Aisyah RA beliau berkata; Aku biasa mandi bersama Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam menggunakan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami ke dalam bejana tesebut. (Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah).

5.  OLEH ISTERI; Dari Aisyah RA beliau berkata “saya biasa menyikat rambut Rasulullah SAW ketika sedang haid.” (hadis riwayat Ahmad).

6. MEMINTA ISTERI MEMINYAKAN BADAN; Dari Aisyah RA, beliau berkata, “ saya  meminyakan badan Rasulullah SAW pada hari raya Aidil Adha setelah beliau melakukan jumrah aqabah.” (hadis riwayat Ibnu Asakir).

7. MINUM BERGANTI PADA TEMPAT YANG SAMA; Dari Aisyah RA, beliau berkata, “saya biasa minum dari cawan yang sama walaupun ketika haid, nabi mengambil cawan tersebut dan lalu meletakan mulutnya di tempat saya meletakan mulut, lalu baginda minum, kemudian saya mengambil cawan tersebut dan lalu menghirup isinya, kemudian baginda mengambilnya dari saya dan meletakan mulutnya di tempat saya meletakan mulut saya lalu baginda menghirup isinya.” (hadis riwayat Abdurrazaq dan Sa’id bin Manshur).

8. MEMBELAI ISTERI; Adalah Rasulullah SAW tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang baginda menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama sehingga baginda singgah di tempat isterinya yang menjadi giliran baginda, lalu baginda bermalam di tempatnya. (hadis riwayat Ahmad).

9. MENCIUM ISTERI; Dari Aisyah RA, beliau berkata, bahawa Nabi SAW biasa mencim isterinya selepas mengambil wuduk, kemudian baginda sembahyang dan beliau tidak mengulangi wuduknya. (hadis riwayat Adurrazaq). Dari Hafshah RA, puteri Umar

10.  BERBARING DI PANGKUAN ISTERI Dari Aisyah RA, beliau berkata: "Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam biasa meletakkan kepalanya di atas pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca Al-Quran.“ (Hadis Riwayat Abdurrazaq).

11.  MEMANGGIL DENGAN PANGGILAN MESRA; Rasulullah SAW biasa memanggil Aisyah dengan beberapa panggilan yang disukai seperti Aisy & Humaira (pipi merah delima).

12.  MENYEJUKKAN KEMARAHAN ISTERI DENGAN MESRA; Nabi SAW biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah dan baginda berkata, “wahai Uwaisy bacalah doa; “wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilanglah kekerasan hatiku, & lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan.” (hadis riwayat Ibnu Sunni).

13.  MEMBERSIHKAN TITISAN DARAH HAID ISTERI; Dari Aisyah RA, dia berkata, Aku pernah tidur bersama Rasulullah SAW di atas satu tikar ketika aku sedang haid. Apabila darahku menitis di atas tikar itu, Baginda mencucinya pada bahagian yang terkena titisan darah dan baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian beliau sembahyang di tempat itu pula, lalu Baginda berbaring kembali di sisiku. Apabila darahku menitis lagi di atas tikar itu, Baginda mencuci pada bahagian yang terkena titisan darah itu saja dan tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu. (Hadis Riwayat Nasai).

14. MEMBERIKAN HADIAH; Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, ia berkata, Ketika Nabi SAW menikah dengan Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya, “Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengagak hadiah itu akan di kembalikan. Jika hadiah itu memang di kembalikan kepadaku, aku akan memberikanya kepadamut; Dia (Ummu Kaltsum) berkata, “Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yang di sabdakan Rasulullah SAW & hadiah tersebut di kembalikan kepada Baginda, lalu Baginda memberikanya kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi & pakaian tersebut Baginda berikan kepada Ummu Salamah; (Hadis Riwayat Ahmad)

15. SEGERA MENEMUI ISTERI APABILA TERGODA; Dari Jabir RA, sesungguhnya Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke tempat kediaman Zainab, untuk melepaskan keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar & bersabda, Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan.. apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya kerana pada diri isterinya ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita itu.” (Hadis Riwayat Tirmizi).


"Rabiatul Adawiyah "
Rabiah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.
Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara serta zuhud hampir lenyap sama sekali.
Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.

Bapa Rabiah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabiah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabiah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.
Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabiah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba brgantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.
Marilah kita teliti ucapan Rabiah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:
“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!”
“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu”.
“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.”
Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabiah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.
Rabiah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:
“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa”.
Setiap malam begitulah keadaan Rabiah. Apabila fajar menyinsing, Rabiah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:
“Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.”
Seperkara menarik tentang diri Rabiah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:
Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.
Rabiah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabiah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.
Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:
“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”
Antara syairnya yang masyhur berbunyi:
Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun,
Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun,
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun,
Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.
Rabiah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:
“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”
Kecintaan Rabiah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.
“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu”.
Begitulah keadaan kehidupan Rabiah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabiah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin!
Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula. Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud:
Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar.
Bagaimana perasaan kita apabila insan yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan meletakkan kesalahan kepada insan berkenaan? Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini:
“Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan.”
Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur.
Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita.
Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi.


mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mampukah aku menjadi seperti Khadijah?                                    
Agung cintanya pada Allah dan Rasul,                                         
Hartanya di perjuangkan di jalan fisabillilah,
Penawar hati kekasih Allah,                                                                       
Susah dan senang rela bersama...
Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aisyah?
 Isteri Rasulullah yang bijak,                                                               
Pendorang kesusahan dan penderitaan,                                          
Tiada sukar untuk dilaksanakan...
Mengalir air mataku,
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,
Akur dalam setiap perintah,                                                                                  
Taat pada ayahnya yang sentiasa berjuang,                                   
Tiada memiliki harta dunia,                                                                      
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...
Ketika aku marah,                                                                                              
Ingin ku intip serpihan sabar,                                                                     
Dari catatan hidup Siti Sarah...
Tabah jiwaku,
 Setabah umi Nabi Ismail,
 Mengendong bayinya yang masih merah,
Mencari air penghilang dahaga,                                                                       
Di terik padang pasir merak,
Ditinggal suami akur tanpa bantah,
Pengharapannya hanya pada Allah,
Itulah wanita solehah Siti Hajar...
Mampukah aku menjadi wanita solehah
Mati dalam keunggulan iman,
 Bersinar indah, harum tersebar,
 Bagai wanginya pusara Masyitah...

Wanita Itu Mulia Di Sisi Allah SWT.
Saya sering kali mendengar keluhan wanita “ mengapa aku di jadikan sebagai perempuan”. Saya juga pernah terlintas di fikiran suatu ketika dahulu  “mengapa allah jadikan aku sebagai wanita”. Bagi saya pada waktu itu perempuan ini lemah malah selalu di tindas kaum adam. Tetapi kini, apa yang pernah terlintas di fikiran saya dahulu amat saya sesali. Subahanallah,  betapa sekarang saya amat berbangga menjadi seorang wanita malahan  bangga digelar kaum hawa. Bagi saya wanita itu mulia di sisi Allah. Percayalah kaum hawa islam tidak pernah menindas wanita malah wanita itu di sering di puja. Hakikatnya mengapa sering kali keluhan yang sering di dengar dari mulut kaum hawa kerna di cipta menjadi wanita. Sedarlah saudaraku betapa hebatnya kedudukan kita sebagai wanita. Islam telah menjanjikan martabat yang tinggi kepada wanita sekiranya kita patuh dan taat padanya. Insyallah semua janji allah itu benar percayalah kaum hawa sebagai wanita kita adalah makhluk yang mudah mendapat ganjaran pahala jika kita beriman kepadanya. Hadis rasulullah SAW menyebut bahawa: Wanita sekiranya dia sembahyang lima waktu, berpuasa di bulan ramadhan, menjaga auratnya serta taat pada suaminya maka pilihlah mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki. ( Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik). Rasulullah menegaskan tiap-tiap wanita yang taat pada suaminya dan menolong suaminya di dalam urusan agama maka masuklah dia ke syurga lebih awal dari suaminya sepuluh ribu tahun kerana di dunia dia memuliakan suaminya maka di akhirat Allah memuliakannya kembali, dengan mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya. Malahan bukan itu sahaja, segala jerih perih isteri yang mengandungkan zuriat suaminya mendapat pengitirafan yang amat tinngi. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Apabila wanita mengandungkan janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan kepadanya setiap hari seribu kebaikan dan menghapuskannya seribu kejahatan. Rasululah SAW bersabda lagi yang bermaksud: Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatat baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah (perang sabil) dan apabila wanita melahirkan anak maka keluarlah dosa-dosanya dari serpeti ibunya melahirkannya. Subhanallah,  maha suci Allah betapa besarnya anugerah yang Allah berikan terhadap kaum wanita. Betapa saya amat kagum dan malu terhadap Allah kerna pernah mempertikaikan kenapa saya di cipta menjadi kaum hawa sedangkan takdir Allah itu ada hikmahnya. Mengikut perspektif islam, wanita adalah perlengkap bagi lelaki sekaligus memelihara kesimnambungan ciptaan Allah SWT. Malah Rasulullah mermatabatkan kaum hawa pada kaca mata islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “ dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah adalah wanita yang solehah.” Hadis riwayat muslim. Hadis ini jelas menunjukan betapa islam memandang tinggi terhadap kaum wanita. Di dalam al quran pula wanita di gambar kan dengan tiga fungsi penting:- pertama: wanita di anggap sebagai fitnah dan musuh andainya dia tidak di didik dan di asuh serta di bentuk mengikut acuan islam.   Kedua: wanita juga ujian bagi seorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan kearah kebahagian dan kesejahteraan hidup. Ketiga: wanita adalah anugerah yang teristimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagian hidup.
Islam menganjurkan setiap lelaki yang ingin melangkah kealam perkhawinan agar berhati-hati memilih calon isteri ini kerana kriteria calon isteri itu penting di titik beratkan bagi menjamin keharmornian, kerukunan dan kebahagiaan rumahtangga. Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda: “ janganlah kau nikahi wanita kerna kecantikannya, kelak kecantikannya akan membinasakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerna hartanya, boleh jadi hartanya menyebabkan kerdehakaanmu; sebaliknya nikahi wanita yang beragama, sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu lebih baik kepadamu” - hadis riwayat Abdullah ibn Humaid. Hadis ini menjelaskan, aspek keagamaan dalam diri seorang isteri adalah penentu hala tuju sesebuah rumah tangga yang dibina dan dibentuk. Agama yang bertapak kukuh dalam jiwa akan mendorong ketaatan pada suaminya pada semua perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah dan tidak pula mendatangkan kemudaratan kepadanya. Isteri yang solehah akan menjaga maruahnya dan sewaktu ketiadaan suaminya dia akan menjaga dirinya serpeti tidak keluar rumah tanpa izin suaminya serta tidak menerima tetamu yang tidak di kenali dan sebagainya. Ketaatan seorang isteri solehah ini banyak di pengahruhi oleh firman Allah yang bermaksud “....perempuan yang solehah mestilah taat dan menjaga kerhormatan dirinya semasa ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah....” surah an Nisa ayat 34. Isteri solehah juga adalah isteri yang sentiasa menyempurnakan kerperluan suaminya, disamping sentiasa memelihara keredhaannya pada setiap masa dan keadaan. Ini kerna keredhaan suami merupakan anak kunci utama yang melayakannya menjadi penghuni syurga penuh kenikmatan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “mana-mana isteri yang meninggal dunia, sedang suaminya redha kepadanya, nescaya isterinya akan masuk syurga.” – hadis riwayat Al Hakim dan Tirmizi.

Yang paling penting isteri yang solehah adalah menjadi pendidik dan pengasuh yang terbaik terhadap anaknya. Anak yang menerima bimbingan yang baik akan menjadi aset yang paling penting bukan sahaja kepada ibubapa malahan kepada masyarakat dan negara. Betapa besarnya fungsi seorang wanita yang bertindak sekaligus sebagai isteri dan ibu solehah dalam sesebuah institusi keluarga. Justeru Allah menganugerahkan ganjaraan syurga bagi wanita solehah yang beriman dan benar-benar melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu dalam kehidupan sehariannya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “ sebaik-baik wanita itu adalah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang, yang memelihara kehormatannya, yang mulia pada kaca mata keluarganya, yang menghormati suaminya, menghias diri hanya untuk suami tercinta, memelihara diri dari pandangan orang lain, yang mendengar  kata- kata suaminya dan  mentaati segala perintahnya. Apabila bersama suaminya dia memberikan apa saja yang di perlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakan serta tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain.” – hadis riwayat Al Tausi.
Sejarah Islam sebenarnya melahirkan ramai personaliti wanita yang mampu menjadi teladan kepada wanita-wanita dewasa ini.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“ ada empat wanita mulia yang menjadi penghulu segala wanita di dunia; mereka itu ialah, Asiah binti Muzahim, isteri firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwalid, isteri Rasulullah SAW; dan Fatimah binti Muhammad, puteri kesayangan baginda.” – hadis riwayat Bukhari.
Asiah adalah simbol teladan kepada wanita yang beriman kerna mempertahankan keimanannya walaupun suaminya ( firaun) di murka Allah kerna tidak beriman. Walaupun hidup sebumbung dengan suaminya tetapi keimanan yang terpahat kukuh di dalam hati dan sanubarinya tidak mampu digoyahkan oleh firaun walaupun diseksa dan dipenjarakan.
Maryam pula adalah simbol wanita dalam ibadahnya dan ketinggian darjat ketaqwaannya kepada Allah serta mampu menjaga kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabadikan diri kepada Allah. Walaupun pelbagai ujian yang beliau hadapi malahan tomahan masyarakat pada masa itu tetapi beliau tetap beriman kepada Allah.
Khadijah pula adalah simbol isteri yang solehah yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingin suaminya menegakkan panji-panji kebenaran islam, berkorban jiwa dan raga serta hartanya untuk suami tercinta serta rela menghadapi pelbagai cabaran dan risiko dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan kepada Rasulullah SAW.
Fatimah pula adalah simbol pelbagai dimensi wanita solehah; anak yang solehah dan taat di hadapan ayahandanya; isteri yang setia dan taat di hadapan suaminya serta ibu yang bijaksana di hadapan putera dan puterinya. Dia juga adalah ketua segala wanita, setiap detik yang beliau lalui wajar menjadi ikutan wanita hari ini.

Selain wanita mulia yang digambarkan diatas, saya juga mengagumi wanita yang tabah dan cekal hatinya malah taat pada suaminya, mereka ialah; Sumaiyah, seorang wanita yang diseksa kerna keimanan yang terpahat hanya Allah dihatinya sehingga sakit seksaan yang di hadapinya tidak terasa bertapa cintanya kepada Allah;
Siti Hajar, seorang isteri yang taat kepada suaminya yang sanggup di tinggalkan di padang pasir tanpa air membawa anaknya Ismail, kerna keimanan di hatinya dan percaya Allah sentiasa berada di sisinya untuk membantunya;
Siti Mutiah, seorang isteri yang solehah dan taat kepada suaminya, wanita pertama yang masuk kesyurga kerna sentiasa mendambakan redha suaminya, beliau adalah wanita yang dipuji Rasulullah dan di kagumi Fatimah;
Rabia’atul Adawiyah, seorang wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam, sejak kecil lagi rabiah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan tinggi serta keimanan yang mendalam. Beliau juga tidak terlepas dari di ujian bertujuan menguji keimanannya, namun dengan limpah hidayah Allah dengan asas keimanan yang belum padam di dalam hatinya, dia dipermudahkan Allah untuk kembali bertaubat.
http://dyana-iluvislam.blogspot.com/feeds/posts/default

Tidak ada komentar:

Posting Komentar