Ibu penyejuk hati, ayah penyemangat jiwa, ayah pembangun jiwa, ibu penyuburnya.
Anak-anak selalu dengan ibu maka jagalah akhlak mereka melalui
pengajaran, melalui didikan dan yang paling berkesan melalui tauladan.
Ayah jarang ada di rumah, jadikanlah
tempat rujuk sahaja yakni apabila ada masalah di dalam keluarga,
tanyalah bapak. Melalui ibu sebagai perantaraan berilah tahu kepadanya
tetapi tidak salah kalau anak-anak terus direct kepadanya asalkan jaga
adab-adabnya.
Segala sifat mahmudah latihlah di rumah,
di sekolah menambahnya dan latihlah mereka beribadah disiplinkan
sembahyangnya. Ajak mereka bekerja sama mengurus rumah tangga.
Programkan kerja-kerja, disamping kerja-kerja sekolahnya.
Anak-anak berilah kasih sayang
tapi jangan terlalu dinampakkan kecuali yang kecil-kecilnya. Latih juga
di kalangan mereka berkasih sayang sesamanya bertolong bantu,
bermaafan, bertolak ansur dan berlebih kurang.
Ajarlah juga dan wujudkan di dalam keluarga, ibu dan ayahlah modelnya dan mereka akan menirunya iaitu galakkan makan bersama di dalam institusi keluarga.
Ajar mereka adab-adab dan displinnya, tidur baring, membaca dan rehat
tunjukkan juga cara-caranya. Agar keluarga terurus, disiplin ada wujud
harmoni.Itulah syurga rumah tangga, sebelum syurga di akhirat sana.
Dari kecil lagi mendidik anak-anak itu hendaklah kenalkan Tuhan,
mencintai dan menakuti-Nya. Dari kecil lagi jangan terlalu dibelai dan
dimanjakan, kalau memarahinya jangan keterlaluan sampai hilang
pertimbangan dan jangan kerap pula dilakukan atau tidak pernah dimarahi,
kejahatan dibiarkan berpanjangan.
Sayangnya kita kepada anak itu jangan terlalu dinampakkan, apa sahaja kehendak anak-anak ditunaikan tanpa dipersoalkan dan jangan dididik dengan duit keterlaluan dan berlebih-lebihan.
Begitulah juga jangan pakaian berlebih-lebihan hingga pembaziran, kalau sekadar yang diperlukan itu tidak mengapa bakan itu adalah kewajipan.
Sembahyang dari kecil lagi diajar dan disuruhdirikan,
jangan setelah dewasa barulah hendak diperintahkan padahal sembahyang
itu dari kecil lagi mesti dibiasakan supaya setelah dewasa ia telah
mendarah mendaging, payah hendak ditinggalkan.
Begitulah juga halal haram pantang-larang Tuhan
dari kecil lagi diajarkan minta mereka tinggalkan. Mana yang disuruh
Tuhan dari kecil lagi diajarkan dan diamalkan setelah dewasa mereka
mudah meneruskan kerana sudah kebiasaan.
Dari kecil lagi pergaulan bebas dibataskan,
kalau hendak keluar rumah hendaklah dipersoalkan, balik ditanyakan
mengapa lambat pulang hingga larut malam. Didik mereka memilih kawan
yang beragama dan takutkan Tuhan kerana silap pilih kawan, ia akan
merosakkan. Latih dari kecil lagi memasak, mengemas rumah, cintakan ilmu
dengan banyak membaca ilmu pengetahuan.
Latih mereka hidup berdisiplin
ada time ibadah, ada time membaca, ada time makan, ada time rehat, ada
time bermain ada time berjalan agar setelah dewasa kelak mereka akan
menjadi bangsa yang ada disiplin hidup yang berkekalan.
Disiplin itulah meenjadikan bangsa itu
beragama, rajin, maju, bersatu, rasa bersama bekerjasama dan berwibawa.
Bangsa itu akan kuat, disegani dan dihormati serta diikuti.
Latih dari kecil makan bersama, sembahyang
bersama, bekerjasama dan dengan tetangga dihormati dan diperhati. Didik
anak-anak selepas Subuh dan Asar jangan dibenarkan tidur kecuali perlu
kerana ia akan melemahkan akal fikiran menjadi manusia pemalas.
Dari kecil lagi didik hormati ibu bapak,
berkasih sayang dengan saudara-mara dan keluarga dan hubungkan
silaturrahim dengan sanak saudara. Berkawan hendaklah setia, utamakan
kawan dari diri kita.
Sumber : Syeikh Imam Ashaari At Tamimi
Tidak ada komentar:
Posting Komentar